In IJM LAND S2 Jemputan Event

"PAW-SOME" FESTIVAL BERSAMA ASTRO ALL-STARS SELEBRITI PADA 3 MARCH 2018 DI CITY PARK S2 ANJURAN IJM LAND

https://gm1.ggpht.com/ry3wO_mHbgsouc80M7ZW8vsHcx_6YZdUM-7ebAYIZQrJI9FAi26rGI2q7gszgU92TAyPrbsXVl1f8Ji3Gt6FUJFkIfZTk4c8bvJ58bfFj1Nc7o6hbBA1z03_lzh7hbhiW0FgnmC1UCBhwboSH8TZvMVRVE6Bpyx4pOueKN48lvcb6l9VEyyRkJfgkDvAjFEZqRnS-XoX53QCpb_CfwPUuUXx7zg0IdgnrNchDgw1GEydfRsshaA8TioNdEpHPx0y48pzULE6A4KFlfz5Mo2b9x85Qc6_N1c4Y6xnrvqN45HRQo2r058OzbbLsVGZA1FDlvw3G2nJRpaM0Y92cAfvxTYyFAuUX7NGJfD3V54VJM79oaIdoLOag59RZ6p18hCVoQtT7IYOEhYdy4WDJrvOgUd0_83lRnP3NcUAeEyoIvY9mohxgvQ6HM1RWNt1RIGgUvEGFeWktthMWfY7_JQCh2ux9uxzFFIR5TJPgon4w89YoPJC3tkbsCQgr5YiSkRhrgcWg-MKpgNwJ8UJvn8kcDZGC7KLrIQvJMczbDJ5CqgvoUmy_FxyR_CD5ESaE2zjH75bCchkPStKNCj3m7xg3pAChCabws9PExyCwM1IN4VcOe7Rq6hi4cldl34U1E0mU8NhToSa4y6O7cF12HwtVXG7Eh8dzr71UnqdosYNWw_x2bTNX4AjAM-mlj38dyRV2w=s0-l75-ft-l75-ft Bertempat di IJM LAND, Seremban 2 Sales Gallery adanya sidang media untuk "PAW-SOME" Festival bersama Astro All-Stars Selebriti.

"PAW-SOME" FESTIVAL BERSAMA ASTRO ALL-STARS SELEBRITI 

"PAW-SOME" Festival bersama Astro All-Stars Selebriti yang akan berlangsung pada hari SABTU, 3rd MARCH 2018 di CITY PARK SEREMBAN 2 bermula dari awal 7.00 pagi hingga ke malam dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai.

REUNION IN S2 WITH JOYS ANEW 

Dengan bertemakan " Reunion In S2 With Joys Anew " semestinya dapat menarik perhatian orang ramai dengan adanya aktiviti yang menarik. Sudah semestinya, banyak acara yang pihak IJM LAND anjurkan tidak pernah mengecewakan penduduk sekitar Seremban 2.

Bermula awal 7.00 pagi festival akan dimulakan dengan pertandingan kaligrafi Cina. Pertandingan Kaligrafi Cina Tahunan ini adalah kerjasama antara IJM Land dan Uni Art Fair Sdn Bhd dengan matlamat tunggal mempromosikan seni kaligrafi Cina di kalangan kanak-kanak dan masyarakat.

Kepada yang berminta untuk menyertai aktiviti ini, boleh mendaftar pada maklumat yang sedia ada.

Penggemar kraf ini boleh mendaftar di lokasi berikut:
IJM Land Berhad - Pejabat Seremban
PT 10786, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-7613 888 Fax: 06-7618 122

Uni Art Fair Sdn Bhd
390, Jalan Haruan 4/1, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 016-6659480 Fax: 06-6014 769

PERSEMBAHAN TARIAN SINGA AKROBATIK TINGGI, ANIMASI DAN AKTIVI LAIN.

Satu acara animasi yang mana pelawat yang datang pada majlis tersebut akan dilayan dengan persembahan tarian singa akrobatik tinggi oleh Persatuan Kesenian Gui Qing; band Orchestra Cina 5-piece oleh Music Efficient dan juga prestasi oleh 24 Seasons Drum Sekolah Menengah Kebangsaan Chan Wa pada sebelah petangnya bertempat di Taman Bandaraya Seremban 2.

Aktiviti lain yang akan menambah keseronokan seperti teka-teki Cina, bazaar makanan dan permainan yang menyeronokkan untuk dinikmati.

KONSERT CHAP GOH MEI DENGAN TEMA "SYMPHONY OF LOVE"
 

Konsert Chap Goh Mei dengan tema "Symphony of Love" oleh pelakon bintang ASTRO artis dan selebriti termasuk Jiang Han, Yoke, Geraldine, Kelly, Chris, Chezi, dan banyak lagi tokoh terkenal dalam keluarga Astro.

Kepada komuniti penduduk Seremban 2 pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan lampu LED yang berwarna-warni disepanjang "Jambatan Lover" daripada pokok Cherry Blossom. Selain itu, 800 orang tetamu pertama juga akan menerima hadiah perayaan di kaunter penebusan mulai jam 7.00 malam dan acara tersebut akan berakhir dengan paparan bunga api yang mempesonakan pada kira-kira pukul 11:00 malam.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Info

MYDEPOSIT2018 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENDAFTAR

https://sprn.kpkt.gov.my/

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Jom kita ramai-ramai memohon MyDeposit2018.

APA ITU MyDeposit2018
MyDeposit2018 adalah Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kiranya Kerajaan akan membayar 10% deposit untuk rumah pertama korang. Bagus bukan.

Disini korang boleh lihat Carta Alir Pemohonan dan jugak Syarat Kelayakan Pemohonan.
https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/syarat_mydeposit.jpg

https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/carta_alir_mydeposit.jpg

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM MYDEPOSIT2018

Langkah Pertama : Pendaftaran
Okey korang sudah pasti yang korang berkelayakan untuk memohon terus pergi ke laman web SPRN : https://sprn.kpkt.gov.my. Macam biasalah korang kena daftar terlebih dahulu. Mesti kena ada username dan password.

Dokumen Wajib Permohonan
Ada beberapa dokumen yang wajib ada sebelum memohon MyDeposit2018 ini. Kalau tidak lengkap, korang tidak boleh memohon. Bagi aku amat-amatlah leceh untuk dapatkan sesetengah dokumen. arghhhhhh. ( masih belum dapat lagi dokumen untuk ccris).

Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf) :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
  3. Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  4. Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian.
  5. Akuan Bersumpah pengesahan bujang
  6. Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
  7. Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  8. Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  9. Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
  10. Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
  11. Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
  12. Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
  13. Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

PERINGATAN:
Sila pastikan semua dokumen dalam format PDF. format PDF. Sebab semua dokumen ini akan di upload dalam profil korang.

Tidak lengkap satu pun dokumen yang wajib ada ini, akan jadi macam gambar dibawah. Profil Status : Tidak lengkap.


Bila korang tekan status permohonan sah-sah lah keluar tiada data atau rekod ditemui.


Jenis perumahan yang dibenarkan.
  1. Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  2. Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  4. Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Langkah Kedua : Bila Permohonan Sudah Lulus
Korang akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit2018 yang akan menjadi 'CAGARAN' untuk korang pergi ke bank-bank yang ada di Malaysia ini untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Pinjaman perumahan perlulah disemak dan dimohon sebelum tandatangan Perjanjian Jual Beli ( Sale and Purchase Agreement atau S&P ).

Langkah Ketiga : Tandatangan Perjanjian S&P
Bila pinjaman bank korang sudah berjaya, korang boleh lah tandatangan perjanjian S&P. Yang pentingnya dekat sini. Jikalau korang gagal dapatkan pinjaman daripada bank dan gagal tandatangan perjanjian S&P dalam masa 30 hari ( tempoh yang diberikan ) secara dramatiknya permohonan korang 10% deposit akan diTARIKKKKKK. Woi penat tahu dakkk nak kumpulkan dokumen. Depa ni kalut sungguh.

So dekat sini aku nak ajar korang jalan yang aku rasa boleh kita sama-sama praktikkan. Apa kata korang cari dulu rumah yang korang berminat, dan pastikan harga rumah tersebut layak dengan gaji dan komitmen korang sekarang. Bukan apa untuk memudahkan korang dapat pinjaman dari bank.

Pastikan korang jugak sudah pergi tanya bank-bank dokumen apa yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan dan kelayakkan korang. Kan dah jimat masa dekat situ. Bila dapat je surat tawaran bersyarat skim MyDeposit2018 korang dah boleh terus pergi bank.

Langkah Keempat : Tandatangan Surat Perjanjian
Bila korang dah dapat ' Offer Letter' dari bank, pastikan korang tandatangan la offer letter tu. hahaha. Pemaju sendiri yang akan membuat tuntutan deposit 10% kepada Kerajaan dengan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit.

Sudah faham ke korang. Okeylah kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, janganlah korang call aku. Korang boleh hubungi maklumat yang aku kongsikan ini.

Pertanyaan Skim MyDeposit
Telefon: 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057
Emel: mydeposit@kpkt.gov.my

Pertanyaan Masalah Aplikasi
Telefon: 03-8891 4475/ 4474
Emel: ict_jpn@kpkt.gov.my

Aku berharap bangsa aku, orang melayu pergilah daftar. Korang ingat senang ke hendak kumpul  10% deposit dari harga rumah idaman korang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments