09 June 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

( Bismillahhir rahmanir rahim )  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah bila minat itu ada, dibiarkan berapa lama sekalipun kerana kesuntukan masa mesti akan dilaksakan juga. Akhir saya menulis di blog saya tak silap tahun 2014, tapi tak ingat la pulak bulan berapa. Sebab apa saya biarkan blog saya terbiar begitu sahaja? Ada dua sebab.

Pertamanya saya habis belajar  Degree dan pulang ke kampung saya di Segamat untuk menjalani latihan praktikal saya selama enam bulan. Habis latihan praktikal, saya ditawarkan bekerja di Syarikat yang saya jalani latikan praktikal. Rasa bersyukur sangat kerana dapat bekerja di Syarikat yang gah di Malaysia ini, dan boleh duduk dengan family. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan dunia blog kerana saya kena memberikan sepenuh perhatian kepada kerja saya. Nama pun syarikat yang gah, dikenali ramai bebanan kerja yang diterima tak perlu cakap la, orang kata berbaloi la dengan gaji yang diterima cuma masalah nya di sini, saya dilamar orang. Gatai hendak kahwin.

Ini sebab keduanya, hendak berkahwin. Bakal suami pulak duduk nun jauh hujung benua semenanjung malaysia, Kukup, Johor. Aduhai, berbelah bahagi betul. Sudah kahwin mestilah hendak duduk bersama kan, tetapi sayang pulak dengan kerja yang ada. Bila fikir panjang, kata putus sudah ada kami ambil kata sepakat untuk duduk berjauhan sementara saya dapat kerja lain di Johor Bahru sana. Cari punya cari sudah setahun saya dan suami duduk berjauhan.

Satu hari, suami saya beritahu yang syarikat dia menyuruh suami saya mengendalikan projek baru di Lukut, Port Dickson. Suami saya meminta saya mengikutnya pergi kesana. Fikir panjang saya masa tu, nak tak nak saya terpaksa lepaskan jugak kerja saya. Tetapi rezeki Allah SWT yang mana satu mahu saya dustakan, sibuk dengan urusan suami saya hendak pindah, saya diterima untuk interview di sebuah Syarikat Perbankan yang ramai pengguna nya. Alhamdulillah di terima dan ditempatkan di Bangi, Pusat Latihan. Dekat dah dengan area suami saya bekerja. Bersyukur sangat-sangat. Kami beli rumah di Nilai dan sekarang ini, saya mahupun suami akhirnya duduk bersama.

So sekarang ini, bila sudah duduk dekat dengan Kuala Lumpur, perasaan hendak ke event-event ( dulunya saya aktif ) berkobar-kobar. Iyalah duduk Johor dulu, kalau ada event, terpaksa tolak. Jauh perjalanannya. Berbalik kepada mahu aktif semula dalam dunia blog, saya terus cari blogger yang boleh edit blog saya dengan harga yang berpatutan, akhirnya jumpa blogger MaisarahSidi.com. Mai buat dengan baikkan, tengoklah blog saya sekarang ini. Hasil titik peluh Mai la ni.

Serba sedikit sebab kenapa saya biarkan blog saya terbiar. Sekarang saya ada kerja sepenuh masa ( tetap ), saya duduk dengan suami saya, duduk pulak dekat dengan Kuala Lumpur.... Hello kawan lama, saya kembali semula dalam dunia blog.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Secantikmanis © . Designed by MaisarahSidi.com