09 November 2017

FIT & FOODIE CARNIVAL 2017 PADA 19 NOVEMBER DI SEREMBAN 2 ANJURAN IJM LAND

Hari ini bertempat di IJM LAND , Seremban 2 Sales Gallery adanya sedang media untuk FIT & FOODIE Carnival 2017.

Fit & Foodie Carnival 2017

FIT & FOODIE Carnival 2017 yang akan berlangsung pada hari AHAD, 19 November 2017 di IJM LAND S2 Sales Office dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan pelbagai aktiviti menark yang boleh disertai.

Datang dan sertai aktiviti menarik yang akan berlansung di Karnival tahunan IJM Land yang bertemakan ' Fit & Foodie Carnival 2017 ' seperti pencarian ikon ' Ms. dan Mr. Fit Fashion ', anda juga boleh menyertai pertandingan ' Best Jazzercise Dance ' ( gabungan di antara senaman aerobik dan tarian kecergasan ), ' Corner Contest Resepi ' Wall Climbing, Bungee Run dan Zumba.

Tidak ketinggalan jugak aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan pertandingan tarian kecergasan.

Bagi mereka yang meminati makanan, pihak karnival  menyediakan pelbagai jenis makanan yang dijual dari pelbagai trak makanan da gerai. Pihak karnival jugak menyediakan kupon dan anda boleh mengunakan kupon tersebut untuk membeli makanan denga harga yang berpatutan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Ms Linda - 0133382529
Ms Ally - 0172221716


Anda juga boleh datang ke IJM Land Office pada 10 November 2017 untuk pendaftaran.


Kemuncak Aktiviti dalam Karnival ' Fit & Foodie Carnival 2017 '

Cabutan bertuah untuk khas pembeli-pembeli hartanah IJM Land dengan 30 hadiah untuk dimenangi.

Bagi mereka yang berminta untuk membeli hartanah IJM Land pada 18 dan 19  November 2017, mereka berpeluang mendapatkan rebat tambahan dengan membeli mana-mana hartanah IJM Land.

Penampilan Istimewa Selebriti dan Pemain Badminton Negara 

Pemilihan Juara Masterchef Malaysia, Dato' Chef Fazley Yaacob dan juga pemenang pingkat Perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying sangat bertepatan dengan Tema ' Fit & Foodie Carnival 2017 ' .

Karnival ini memberi fokus kepada dua isi penting iaitu pemakanan dan kecergasan di dalam kehidupan rakyat Malaysia sekarang.

Dato' Chef Fazley Yaacob akan berkongsikan tip pemilihan makanan berkhasiat, cara masakan dan mengajar pengunjung bagaimana memilih makanan yang berkhasiat tetapi masih tetap sedap untuk dinikmati. 

 
Goh Liu Ying pulak akan berkongsi pendapat tentang gaya hidup sihat dan tip untuk menjadikan badan kita sihat dan fit.

Sudah pastinya dengan kehadiran selebriti dan ikon sukan, serta pelbagai aktiviti sepanjang karnival berlangsung akan menjadikan hari anda dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang berfaedah, meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga dan mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk Seremban 2.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini , anda boleh layari facebook Event IJM Land Fit & Foodie Carnival 2017 atau hubungi Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 di talian 1 800 222 456. 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Secantikmanis © . Designed by MaisarahSidi.com