In Info

MYDEPOSIT2018 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENDAFTAR

https://sprn.kpkt.gov.my/

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Jom kita ramai-ramai memohon MyDeposit2018.

APA ITU MyDeposit2018
MyDeposit2018 adalah Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kiranya Kerajaan akan membayar 10% deposit untuk rumah pertama korang. Bagus bukan.

Disini korang boleh lihat Carta Alir Pemohonan dan jugak Syarat Kelayakan Pemohonan.
https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/syarat_mydeposit.jpg

https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/carta_alir_mydeposit.jpg

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM MYDEPOSIT2018

Langkah Pertama : Pendaftaran
Okey korang sudah pasti yang korang berkelayakan untuk memohon terus pergi ke laman web SPRN : https://sprn.kpkt.gov.my. Macam biasalah korang kena daftar terlebih dahulu. Mesti kena ada username dan password.

Dokumen Wajib Permohonan
Ada beberapa dokumen yang wajib ada sebelum memohon MyDeposit2018 ini. Kalau tidak lengkap, korang tidak boleh memohon. Bagi aku amat-amatlah leceh untuk dapatkan sesetengah dokumen. arghhhhhh. ( masih belum dapat lagi dokumen untuk ccris).

Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf) :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
  3. Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  4. Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian.
  5. Akuan Bersumpah pengesahan bujang
  6. Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
  7. Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  8. Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  9. Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
  10. Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
  11. Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
  12. Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
  13. Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

PERINGATAN:
Sila pastikan semua dokumen dalam format PDF. format PDF. Sebab semua dokumen ini akan di upload dalam profil korang.

Tidak lengkap satu pun dokumen yang wajib ada ini, akan jadi macam gambar dibawah. Profil Status : Tidak lengkap.


Bila korang tekan status permohonan sah-sah lah keluar tiada data atau rekod ditemui.


Jenis perumahan yang dibenarkan.
  1. Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  2. Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  4. Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Langkah Kedua : Bila Permohonan Sudah Lulus
Korang akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit2018 yang akan menjadi 'CAGARAN' untuk korang pergi ke bank-bank yang ada di Malaysia ini untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Pinjaman perumahan perlulah disemak dan dimohon sebelum tandatangan Perjanjian Jual Beli ( Sale and Purchase Agreement atau S&P ).

Langkah Ketiga : Tandatangan Perjanjian S&P
Bila pinjaman bank korang sudah berjaya, korang boleh lah tandatangan perjanjian S&P. Yang pentingnya dekat sini. Jikalau korang gagal dapatkan pinjaman daripada bank dan gagal tandatangan perjanjian S&P dalam masa 30 hari ( tempoh yang diberikan ) secara dramatiknya permohonan korang 10% deposit akan diTARIKKKKKK. Woi penat tahu dakkk nak kumpulkan dokumen. Depa ni kalut sungguh.

So dekat sini aku nak ajar korang jalan yang aku rasa boleh kita sama-sama praktikkan. Apa kata korang cari dulu rumah yang korang berminat, dan pastikan harga rumah tersebut layak dengan gaji dan komitmen korang sekarang. Bukan apa untuk memudahkan korang dapat pinjaman dari bank.

Pastikan korang jugak sudah pergi tanya bank-bank dokumen apa yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan dan kelayakkan korang. Kan dah jimat masa dekat situ. Bila dapat je surat tawaran bersyarat skim MyDeposit2018 korang dah boleh terus pergi bank.

Langkah Keempat : Tandatangan Surat Perjanjian
Bila korang dah dapat ' Offer Letter' dari bank, pastikan korang tandatangan la offer letter tu. hahaha. Pemaju sendiri yang akan membuat tuntutan deposit 10% kepada Kerajaan dengan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit.

Sudah faham ke korang. Okeylah kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, janganlah korang call aku. Korang boleh hubungi maklumat yang aku kongsikan ini.

Pertanyaan Skim MyDeposit
Telefon: 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057
Emel: mydeposit@kpkt.gov.my

Pertanyaan Masalah Aplikasi
Telefon: 03-8891 4475/ 4474
Emel: ict_jpn@kpkt.gov.my

Aku berharap bangsa aku, orang melayu pergilah daftar. Korang ingat senang ke hendak kumpul  10% deposit dari harga rumah idaman korang.

Related Articles

0 sweetie:

Post a Comment